SLUMBER!!!!

SLUMBER!!!!

Selasa, 2010 Februari 09

Touch 'n Go MYRewards





Touch n' Go MYRewards

Pernahkah anda dengarkan Touch n' Go? Sudah pasti ramai yg mengenali dan membayangkan tol-tol yg ada di lebuhraya...

KINI Touch n' Go memperkelalkan MYRewards. Banyak keistimewaan yg anda akan perolehi drpd menyertai MYRewards dgn bayaran pendaftaran Rm180.00 shj..Antara keistimewaannya ialah:

1-Rebat Tunai sehingga 4% dari jumlah perbelanjaan harian
2-Insentif harian atas transaksi kumpulan
3-Insentif Pengenalan
4-Insuran Peribadi bernilai RM10,000(RM 10K)
5-Khidmat Kecemasan Kenderaan Sepanjang Tahun
6-Baucer Hotel bernilai Rm 300
7-Baucer Penerbangan bernilai RM 120
8-Baucer Minyak Pelincir bernilai Rm 120
9-5% Subsidi atas insuran kenderaan motor
10-Talian khidmat pelanggan 24 jam

Banyak lagi perkhidmatan-perkhidmatan yg menarik dan menguntungkan anda dgn MYRewards ini. Jika anda berminat sila hubungi saya:

e-mel:ewan90_eira@yahoo.com
H/P:019-9672669

Selasa, 2010 Februari 02


AYUHLAH KITA RENUNGKAN...

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

APA ITU HARI KEKASIH???

NIE HAA DR.CINTA NAK BAGI TAHU

Hari Kekasih tradisi penganut Kristian

Hari Kekasih tradisi penganut Kristian
Oleh
DJ EWAN SLUMBER a.k.a DR.CINTA

SETIAP Februari, merentasi benua, pasangan kekasih, suami-isteri dan mereka yang berjiwa romantis akan saling bertukar hadiah, kad ucapan, bunga-bungaan atau makan malam. Tidak kurang berhibur dan menari semalaman di disko dan kelab malam sempena merayakan suatu hari yang dikenali sebagai ‘Saint Valentine’s Day’ atau Hari Kekasih.
Siapakah dia St Valentine dan mengapakah beliau dikaitkan dengan perayaan Hari Kekasih di seluruh dunia ini?Ada pelbagai versi asal asul Hari Kekasih . Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini. Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh.Versi pertama menceritakan mengenai St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan beliau dihukum bunuh.Versi kedua pula menyebut bahawa St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine.Mengapakah 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini?Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’.Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno. Sambutan hari memperingati kekasih tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur. Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam yang suci. Malangnya, orang Islam pada hari ini, terutama remaja, hatta pasangan suami isteri, begitu ghairah dan tanpa usul periksa membudayakan sambutan Hari Kekasih dalam kehidupan mereka. Keseronokan ini disemarakkan lagi oleh pelbagai pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan.Renungi firman Allah bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)Daripada Anas, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tiga sifat yang sesiapa memilikinya akan merasakan kelazatan iman. “Pertama, jika dia mencintai Allah dan Rasulullah lebih daripada lain-lainnya. Kedua, jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah. Ketiga, enggan kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana enggan dimasukkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Abu Hurairah berkata, bersabda Rasulullah bermaksud : “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, kamu tidak dapat masuk syurga selagi tidak beriman, dan tidak beriman selagi tidak berkasih sayang sesama manusia. Sukakah saya tunjukkan perbuatan yang kalau kamu kerjakan dapat menimbulkan kasih sayang? Sebarkanlah salam antara kamu.” (Hadis riwayat Muslim)Umat Islam sewajarnya mengambil iktibar daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dalam sambutan Aidiladha yang baru saja berlalu. Kisah kecekalan hati seorang ayah dan kesabaran serta keredaan seorang anak dalam menunaikan perintah Allah itu dirakamkan dalam firman-Nya bermaksud : “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama (Nabi) Ibrahim, Ibrahim berkata : “Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka, fikirkanlah apa pendapatmu.” Dia (Nabi Ismail) menjawab: Hai ayahku! Kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.” (Surah as-Saffat, ayat 102-103)Ayat seterusnya merakamkan ketabahan dan kecekalan hati kedua-duanya dalam menjunjung perintah Allah walaupun ternyata begitu berat dan hampir tidak mampu dilakukan, melainkan dengan keimanan kukuh dan kecintaan yang mendalam terhadap Rabb-nya.Hayati lagi kisah mereka menerusi firman Allah bermaksud : “Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran kedua-dua kamu telah membenarkan mimpi itu), sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (Surah as-Saffat, ayat 103-107)Peristiwa besar itu diangkat martabatnya oleh Allah, lalu mewajibkan mereka yang mampu untuk melakukan ibadah korban setiap tahun pada Aidiladha, ketika berjuta-juta umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah haji.Itulah lambang keimanan dan kasih sayang sejati iaitu melakukan sesuatu hanya kerana mengharapkan ganjaran dan keredaan Allah semata-mata.Dalam suasana umat Islam masih berduka cita lantaran kesengsaraan dan musibah yang melanda, terutamanya di bumi Aceh, Palestin, Iraq dan seumpamanya. Marilah, kita menghulurkan bantuan demi kasih sayang sesama insan. Pastinya bantuan kita itu tidak sia-sia kerana pahala sedekahnya akan dinikmati sepanjang hayat selagi insan yang menerima sumbangan itu memanfaatkannya.

Selasa, 2010 Januari 26

SEKITAR MAJLIS ASYURA MANIS


NI APE DIA YG DIBUALKAN BERSAMA RAKAN SEPERJUANGAN DJ AIMAN LIM

DJ EWAN SLUMBER LAH TU TENGAH LAYAN KARENAH PEMINAT

RAKAN-RAKAN PENDENGAR MELAWAT KE KONTI BERSAMA DJ IRA FATIRAN,KNP DGN KAK YAH TUU....SAKIT MATA KE??HE3...TURUT KELIHATAN,MAMA TUMPAT,ACHIK PC,MAMA NORISHA BESUT..DAN TIDAK KETINGGALAN UMI KEMAHANG!!!!

BEGITU BERSEMANGAT DJ ABE NOR DAN PENDENGAR-PENDENGAR

AYAHANDA TAN SRI BEGITU TERHARU DGN KEJUTAN UNTUKNYA SEMPENA HARI LAHIR BELIAU

NI RAKAN PENDENGAR KITA TENGAH STANBY NK "KETIK ETOK"











Rabu, 2009 November 18

DJ EWAN_SLUMBER


DALAM SETIAP HELA NAFAS KU, HANYA HARUM WANGIAN NAMA MU, TIAP KALI PURNAMA BERTAMU INGATAN KU HANYA PADA MU, AKU MERINDUI MU...DALAM SETIAP DETIK JANTUNG KU, TIAP KALI JIWA KU DISAPA RINDU, AKU SEBUT NAMA MU TANPA JEMU, CINTAKU SATU HANYA PADA MU, DAN DIRIKU AKAN TETAP BERSAMA MUSAYANG KU...ANDAI KAU INGIN TAHU BERTAPA AKU MERINDUI MU, CUBALAH KAU TANGKAP TITISAN HUJAN, TITISAN YANG KAU DAPAT ITU ADALAH RINDUMU PADA KU, DAN TITISAN HUJANYANG TERLEPAS ITU ADALAH HINTUNGAN RINDUKU PADA MU AKU INGIN SENTIASA BERADA DALAM HATI MU, AKU TIDAK MAHU HARI INI ADA BENCI DAN MARAH, ESOK AKAN MENJADI SUKA, DAN HARI INI SUKA ESOK MENJADI BENCI...SEGALA KEBENCIAN AKAN KU BUANGJAUH, JANGANLAH IA MENJADI PENGHUNI HATIKU INI...KERANA AKU IKLAS MENERIMA MU SAYANG...